FORMAT
- Tarikh
- Hari
- Masa
4.00 petang
Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam dewan. Kami pergi mendaftar nama sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba. Selepas mendaftar, kami mendengar taklimat daripada guru yang bertugas iaitu Encik Ismail dan Puan Sarina. Saya dan rakan-rakan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua kumpulan tersebut terdiri daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Saya ditempatkan di kumpulan nombor 9.
6.30 petang
Selepas itu, saya dan ahli kumpulan bergerak ke tapak perkhemahan yang disediakan untuk memasang khemah. Kami ditunjuk ajar oleh guru pembimbing iaitu Encik Nawar bin Zakaria. Kami bertungkus-lumus memasang khemah yang disediakan oleh pihak sekolah. Setelah siap memasang khemas, kami mengumpul perkakasan memasak yang dibawa oleh setiap ahli kumpulan kami untuk pertandingan memasak yang akan berlangsung pada besok hari. Selepas itu, kami turun ke dewan terbuka untuk membuat Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami dikehendaki mencipta logo kumpulan masing-masing.
10.00 malam
Saya dan rakan-rakan yang lain menyertai pertandingan ikatan dan balutan. Selain itu, saya dan rakan-rakan menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan. Seterusnya, saya dan ahli kumpulan yang lain menyertai pertandingan berpantun dan sajak. Kami menyampaikan sajak dengan penuh dramatis.
Khamis, 22 Mac 2016
5.45 pagi
Saya dan rakan-rakan bangun awal dan membersihkan diri. Kemudian kami bergerak ke surau untuk mendirikan solat Subuh yang diimamkan oleh Ustaz Fawwaz bin Abdullah. Usai solat, kami menuju ke kantin untuk menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah. Saya dan rakan-rakan menikmati sepinggan nasi lemak dan secawan teh panas untuk mengisi perut yang kosong.
7.00 pagi
Kami bergerak ke tapak perhimpunan dan melakukan aktiviti regangan. Selepas itu, kami mengadakan latihan kawad kaki yang dibimbing oleh Encik Affan. Kemudian, kami bergerak ke padang untuk menyediakan perkakasan memasak kerana pada pukul 8.00 pagi pertandingan memasak akan diadakan. Tepat pada pukul 8.00 pagi, pertandingan memasak dijalankan. Kami diberi tugasan untuk memasak kari ikan. Kami bagaikan aur dan tebing bertungkus-lumus untuk menyiapkan hidangan tersebut. Selesai memasak, kami menghantar hidangan tersebut untuk dihakimi oleh guru- guru yang bertugas iaitu Puan Ainin, Puan Ainon dan Puan Zalina.
12.00 pagi
Keputusan pertandingan memasak, pertandingan ikatan dan balutan dan pertandingan sajak dan pantun diumumkan. Kumpulan kami mendapat tempat pertama dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut. Selepas itu, kami meruntuhkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan. Saya sangat gembira kerana dapat merasai pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan saya di sekolah. Saya berharap agar aktiviti perkhemahan seperti ini dapat dijalankan pada masa hadapan kerana aktivit ini dapat melatih diri kita untuk lebih berdikari dan berdisiplin.
*Saya harap karangan ini dapat membantu adik-adik ya!!